suria

Letupan Bom Gegar Kedutaan Indonesia Di Paris

PARIS: Satu bungkusan mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Indonesia di Paris pada Rabu menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan.

Namun, tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.

Polis berkata, seorang kakitangan kedutaan tersebut menjumpai satu bungkusan yang mencurigakan dan sebaik meninggalkannya ia terus meletup.

Beberapa tingkap bangunan tersebut mengalami kerosakan kecil tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 pagi waktu tempatan," kata Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa.

Artikel Lain