suria

Enggan Bayar Wang Taruhan, Seorang Lelaki Ditikam Hingga Mati

MANILA: Seorang lelaki ditikam sehingga mati di sini pada Rabu selepas insiden pertengkaran di antara dua kumpulan lelaki yang bertaruh dalam permainan video 'Counter-Strike'.

Polis penyiasat, Noel Ibanez berkata, pergaduhan tersebut dipercayai berlaku di dalam sebuah kafe siber.

Sekumpulan lelaki telah bertaruh sebanyak 300 pesos mengenai keputusan pertandingan itu pada Isnin lalu.

Namun sebaik saja kumpulan berasingan menang, pertelingkahan tercetus kerana keengganan sekumpulan lelaki itu membayar sejumlah wang taruhan tersebut.

Salah seorang lelaki dari pasukan yang menang masih tidak berpuas hati dengan pergaduhan itu mengekori Eric Cristobal sebelum menikamnya sehingga mati.

"Dia (Cristobal) tidak memulakan pergaduhan. Dia terjebak sama dalam pertaruhan itu," kata Ibanez.

Suspek bagaimanapun telah ditahan pada Selasa.

Kafe siber begitu popular di Filipina dan dikunjungi rata-ratanya golongan remaja yang ingin bermain permainan video dalam tempoh yang lama.

Artikel Lain