suria

Lapangan Terbang Melbourne Akan Miliki Terminal Keempat

MELBOURNE: Tiger Airways akan menjadi salah satu daripada syarikat penerbangan yang akan menggunakan terminal keempat Lapangan Terbang Melbourne.

Pembinaan terminal baharu bernilai A$1 bilion itu, yang merupakan sambungan pembinaan utama sedia ada, dijangka bermula pada Oktober, demikian menurut laporan Herald Sun.

Katanya kerja-kerja pembinaan jalan raya utama bagi mengurangkan kesesakan trafik sedang dilaksanakan.

Terminal baru itu, yang mempunyai tempat meletak kereta bertingkat, juga kemungkinan akan digunakan oleh Jetstar.

Terminal yang mempunyai keluasan 35,000 meter persegi itu direka bentuk untuk menampung sehingga 20 juta penumpang setahun.

Namun, Ketua Pegawai eksekutif Lapangan Terbang Melbourne Chris Woodruff berkata, para arkitek projek itu masih mengusahakan reka bentuk akhir kemudahannya.

Artikel Lain