suria

Sebuah Syarikat Di China Mohon Maaf Jual Itik Mati

BEIJING: Sebuah syarikat yang terbabit dalam penternakan dan penyembelihan itik mengaku menjual ternakan yang telah mati.

Huaying Group, yang terletak di wilayah Henan di tengah China dengan output tahunan 8 juta itik, berkata ia telah menggantung kerja dua pengurus dan memberhentikan dua penternak.

Lembaga pengarah syarikat itu dalam satu kenyataan berkata sepasukan penyiasat terdiri dari pihak berkuasa daerah Huangchuan, polis, jabatan pengawalan ubat-ubatan, makanan dan ternakan dibentuk berikutan satu laporan berita oleh China Economic Net pada Khamis, yang menyebut pekerja Huaying Group menjual ratusan kilogram itik yang telah mati setiap hari kepada beberapa peniaga.

Menurut kenyataan itu, syarikat itu menjalankan siasatan dalaman dan mengambil tindakan ke atas pekerja terbabit.

Syarikat itu memohon maaf atas kejadian itu dan berjanji mengukuhkan pengurusan bagi melupuskan itik yang sakit dan mati. - BERNAMA

Artikel Lain