suria

Pemantau Nuklear PBB Dipelawa Kembali Ke Korea Utara

VIENNA: Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan menerima pelawaan kerajaan Korea Utara agar kembali semula ke negara itu selepas tiga tahun mereka diusir.

Keputusan terbaru Pyongyang itu disahkan oleh jurucakap Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Gill Tudor, Isnin.

Tindakan terbaru Korea Utara itu berkaitan dengan keresahan antarabangsa sejak minggu lalu apabila Korea Utara mengumumkan rancangannya untuk menguji roket nukluar menerusi satelit.

Tudor berkata, pihaknya menerima pelwaaan Pyongyang itu Jumaat lalu, iaitu hari yang sama ketika pengumuman untuk ujian misil nuklear itu oleh Korea Utara.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai apa yang ditawarkan Korea Utara.

Artikel Lain