suria

Pemilik Megaupload Mungkin Boleh Tuntut Semula Aset

WELLINGTON: Satu `kesilapan prosedur’ oleh polis New Zealand bermakna jutawan Internet, Kim Dotcom boleh menuntut semula asetnya yang dirampas susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menutup laman perkongsian Megaupload miliknya atas dakwaan cetak rompak Internet, lapor New Zealand Herald, Ahad.

Akhbar itu dipetik sebagai berkata, polis New Zealand meminta mahkamah untuk 'perintah yang tidak betul' di mana ia tidak memberi jutawan Internet kelahiran Jerman itu peluang untuk membela diri terhadap serbuan pada Januari lalu di rumah agam beliau di utara Auckland, di mana kereta-kereta mewah dan wang tunai turut dirampas.

Hakim, Judith Potter pada Jumaat telah membuat keputusan bahawa perintah tahanan itu adalah tidak sah dan terbatal dan `tiada kesan undang-undang’ kata akhbar itu.

Hakim turut dilaporkan akan membuat keputusan sama ada Dotcom akan mendapatkan semula aset miliknya itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain