suria

Lima Suspek Pengganas Ditembak Mati Di Bali

BALI: Polis Indonesia pada Isnin mengesahkan mereka menembak mati lima suspek pengganas dalam serbuan di pulau peranginan itu.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata semua lelaki itu dipercayai terbabit dalam rangkaian militan Islam yang dikehendaki polis selepas melakukan beberapa siri rompakan bersenjata di Medan, Sumatera, pada 2010.

Mereka dipercayai merancang untuk melakukan siri rompakan terhadap penggurup wang dan barangan kemas di Bali.

Amar berkata, lelaki yang berusia antara 27 dan 32 tahun itu ditembak mati pada Ahad di Sanur dan Denpasar, kawasan yang popular di kalangan pelancong asing.

Ketika serbuan, beberapa senjata api dan bahan letupan turut dijumpai.

Artikel Berikut

Artikel Lain