suria

K'jaan Perancis Keluarkan Arahan Berjaga-jaga Selepas Serangan Ke Atas Sekolah Yahudi

PARIS: Kerajaan Perancis telah mengeluarkan arahan berjaga-jaga selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah sebuah sekolah Yahudi di Toulouse, Selatan negara itu membunuh tiga kanak-kanak dan seorang guru.

"Arahan telah dikeluarkan kepada ketua polis supaya mempertingkatkan kawalan dan mengambil langkah berjaga-jaga ke atas semua bangunan dan sekolah agama ekoran kejadian ini," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet kepada agensi berita AFP.

Artikel Berikut

Artikel Lain