suria

11 Maut Dalam Nahas Van & Kereta Api Di Jawa Barat

JAKARTA: Seramai 11 penumpang van terbunuh dan tiga lagi cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki dilanggar oleh sebuah kereta api di lintasan kereta api tidak berpalang di Cibeureum Tasikmalaya, Jawa Barat, Ahad.

Seramai 10 mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Menurut laporan media, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi apabila enjin van berkenaan dipercayai mati secara tiba-tiba di tengah landasan ketika sedang melalui lintasan itu.

Pelanggaran itu mengakibatkan van tersebut diseret beberapa meter sebelum tercampak ke kawasan sawah padi di tepi landasan itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain