suria

Pemandu Teksi Pulangkan Barang Hiasan Emas Kepada Pemiliknya

BANGKOK: Seorang pemandu teksi pada Jumaat memulangkan barang hiasan emas seberat 8.2 kg bernilai $410,000 kepada pemiliknya yang tertinggal barangan tersebut di keretanya tiga hari lalu.

Saksri Ketsrikaew, 56, berkata, dia mengambil masa selama dua hari memandu di sekitar Bangkok untuk mencari pemilik barang tersebut kerana tidak mempunyai nombor telefonnya.

Menurutnya, dia menghubungi stesen radio selepas mengetahui pemilik kedai emas, Eakerat Kanokwattana, 60, membuat laporan polis mengenai kehilangan barangan itu.

Eakerat pergi ke Bangkok bersama isterinya untuk urusan perniagaan emas di Chinatown dan mengambil teksi menuju ke pinggir utara Bangkok, petang Selasa.

Bagaimanapun, Eakerat kemudiannya menyedari bahawa dia tertinggal sebuah beg yang penuh dengan hiasan emas di dalam sebuah teksi.

Dia turut menawarkan ganjaran sekiranya hiasan itu dikembalikan.

Sebuah stesen televisyen melaporkan, Eakerat telah memberikan pemandu teksi itu emas bernilai $6,400 untuk membalas jasa baiknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain