suria

Rakyat Belgium Beri Penghormatan Terakhir Buat Mangsa Nahas Bas

BRUSSELS: Rakyat Belgium memberi penghormatan terakhir kepada 28 orang termasuk 22 kanak-kanak yang maut dalam nahas bas yang mereka naiki terbabas di dalam terowong di sebuah lebuh raya di Valais, Sierre, Rabu lalu.

Bendera turut diturunkan separuh tiang manakala pemandu bas dan kereta api mematikan enjin buat seketika selepas mayat 28 mangsa nahas selamat mendarat di sini pada Jumaat.

Kesemua mayat diterbangkan khas menggunakan dua pesawat tentera.

Bas berkenaan dilaporkan membawa 52 penumpang dari bandar Lommel dan Heverlee di Flanders. Dua pemandu bas itu turut maut dalam kemalangan tersebut.

Artikel Lain