suria

Presiden Afghan Beritahu AS Mereka Mahu Segera Ambil Alih Keselamatan Negara Itu

KABUL: Kerajaan Afghanistan memberitahu Amerika Syarikat bahawa mereka mahu mengambil alih semua aspek keselamatan negara itu daripada pihak berkuasa Amerika pada tahun hadapan dan bukannya 2014 sepertimana yang dirancang.

Presiden Hamid Karzai memberitahu demikian kepada Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Afghanistan.

Hamid dilaporkan mahu segera mengambil alih aspek keselamatan negara itu ekoran kejadian terbaru yang menyaksikan seorang askar Amerika bertindak gila melepaskan tembakan dan membunuh 16 orang awam - kebanyakkan kanak-kanak dan wanita ketika mereka sedang tidur.

Artikel Lain