suria

MAS Singapura, Agensi EU Meterai MoU Untuk Penyeliaan Agensi Penarafan Kredit

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai penyeliaan agensi penarafan kredit (CRA).

Dalam satu kenyataan, MAS berkata CRA memainkan peranan penting dalam pasaran kewangan global dan aktiviti penarafan mereka mempunyai kesan ketara terhadap operasi pasaran dan keyakinan pelabur.

Ia berkata MoU tersebut menyediakan asas formal untuk kerjasama penyeliaan antara MAS dan ESMA.

Ia memberi laluan untuk peningkatan perkongsian maklumat kawal selia antara kedua-dua pihak berkuasa untuk penyeliaan yang lebih berkesan dalam CRA rentas sempadan yang beroperasi di Singapura dan dalam Kesatuan Eropah (EU). - BERNAMA

Artikel Lain