suria

Lima Anak Kapal Warga Indonesia Dihantar Pulang Dari Gabon

JAKARTA: Lima anak kapal warga Indonesia yang terkandas di Pelabuhan Gentil, di Gabon, Afrika, selama tujuh bulan, telah pulang ke tanah air, Rabu lalu.

Penghantaran mereka diuruskan oleh Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) di Dakar.

Mereka sebelum ini ditahan di penjara Port Gentil selama dua bulan (Julai-Ogos 2011) kerana tidak mempunyai permit tinggal dan kemudian terkandas di sana kerana majikan gagal menghantar mereka pulang selain tidak membayar gaji selama lima bulan.

Pengarah Penerangan dan Media, Kementerian Luar Negeri Indonesia, P.L.E. Priatna berkata mereka yang selama ini tinggal di kapal ikan yang tidak digunakan lagi, telah mendapat perhatian KBRI yang mengirim bantuan logistik apabila nasib mereka tidak dipedulikan oleh syarikat itu.

Selain anak-anak kapal warga Indonesia, rakan sekerja mereka dari Gabon, Senegal, Nigeria, dan Cameroon turut terkandas di situ. - BERNAMA

Artikel Lain