suria

Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Filipina

MANILA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda selatan Filipina tetapi tiada sebarang kerosakan dan kecederaan dilaporkan.

Gempa berpusat di selatan kepulauan Dinagat, lapor Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina pada Jumaat.

Beberapa gegaran turut dirasai di kepulauan Mindanao tetapi tidak mencetuskan suasana panik.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Bulan lalu, gempa bumi pada magnitud 6.7 menggegar Filipina sehingga membawa kepada kejadian tanah runtuh yang mengorbankan ratusan nyawa.

Artikel Lain