suria

Direktorat Penguatkuasaan India Akan Soal Bekas Menteri Komunikasi Berhubung Perjanjian Aircel - Maxis

NEW DELHI: Direktorat Penguatkuasaan (ED) India akan menyoal bekas Menteri Komunikasi Dayanidhi Maran pada 20 Mac ini berhubung siasatan terhadap perjanjian kontroversi Aircel-Maxis.

Perjanjian itu berlaku semasa tempoh Dayanidhi memegang tugas itu.

Baru-baru ini ED mendaftar kes pengubahan wang haram terhadap bekas menteri komunikasi dan saudara lelakinya, Kalanidhi Maran, berkaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam perjanjian Aircel-Maxis, di bawah Akta Pencegahan Wang Haram (PMLA), demikian menurut The Asia Age.

"Walaupun Dayanidhi dijangka disoal pada 20 Mac, saudaranya, Kalanidhi mungkin disoal secara berasingan pada 21 Mac," demikian menurut akhbar itu yang memetik sumber.

Bagaimanapun, ia berkata bukan mandatori bagi mereka untuk hadir di agensi dan mereka boleh juga menghantar wakil bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan.

Agensi berkenaan menyiasat dakwaan suapan haram kira-kira 550 crore rupee yang didakwa diterima oleh adik beradik Maran dalam Aircel-Maxis, demikian menurut sumber. - BERNAMA

Artikel Lain