suria

Tiada Kisah Dongeng Dalam Kehidupan Diraja – Putera Harry

Putera Harry. - REUTERS
Putera Harry. - REUTERS
Putera Harry. - REUTERS

LONDON: Putera Harry memberitahu stesen televisyen yang menemuramahnya bahawa beliau dan Putera William kadang-kadang mahu hidup normal berbanding menjadi menjalani kehidupan diraja.

Beliau berkata demikian kepada CBS News selepas lawatan selama 10 harinya ke Caribbean dan Amerika Selatan bagi mewakili nendanya, Ratu Elizabeth II, pada sambutan ulangtahun Jubli Berlian.

Lawatan yang berjalan dengan lancar itu menunjukkan kunjungan Harry secara solo yang pertama bagi mewakili Ratu.

Komen Harry mendapat perhatian meluas oleh media di Britain pada Rabu apabila beliau berkata, sukar untuk memastikan teman wanita yang berpotensi untuk menyesuaikan diri dengan peranannya dalam keluarga diraja itu.

Beliau berkata, ia akan menyukarkannya untuk mencari seseorang yang bersedia untuk berhadapan dengan cabaran itu. - AP

Artikel Lain