suria

Tiada Haiwan Import Jejas Penyelidikan Sains UK

LONDON: Bekas menteri sains Britain berkata, penyelidikan perubatan terjejas akibat para aktivis yang meyakinkan syarikat-syarikat pengangkutan untuk berhenti daripada mengimport haiwan ke United Kingdom (UK) untuk dijadikan sebagai ekseperimen saintifik.

Tindakan aktivis itu diikuti dengan kempen oleh kumpulak hak haiwan, beberapa syarikat feri dan syarikat penerbangan yang enggan untuk membawa tikus dan arnab, yang digunakan sebagai uji kaji di makmal.

Paul Drayson yang merupakan bekas menteri sains berkata, ia digunakan untuk penyelidikan penting bagi mengkaji penyakit berbahaya seperti Alzheimer dan kanser.

Beliau berkata demikian kepada akhbar The Times pada Rabu.

Kurang satu peratus daripada haiwan yang digunakan di makmal Britain datang dari luar negara, namun para saintis menyatakan bahawa kecuali haiwan tertentu yang digunakan untuk dikaji secara genetik bagi menyesuaikannya dengan model penyakit manusia, yang merupakan paling penting bagi mereka. - AP

Artikel Lain