suria

Lebih 4,000 Profesional Dijangka Hadiri Konvensyen Biopharma Asia

SINGAPURA: Lebih 4,000 profesional biofarmaseutikal dijangka menghadiri Konvensyen BioPharma Asia 2012 yang akan berlangsung dari 19-22 Mac, 2012.

Penganjurnya, Terrapinn Asia dalam satu kenyataan berkata konvensyen itu akan menyediakan platform bagi industri biofarmaseutikal untuk mendapatkan rakan kongsi yang sesuai bagi keperluan perniagaan mereka.

"Para peserta akan membincangkan isu-isu hangat industri, peluang pelaburan dan perkongsian," kata penganjur.

Forum CEO Breakfast pada 21 Mac akan menyaksikan penyertaan Menteri Ireland bagi Perbelanjaan Awam dan Pembaharuan, Brendan Howlin, Nicolas Franco (naib presiden eksekutif Actelion), Erich Mohr (naib pegawai eksekutif MedGenesis Therapeutix) dan Choon Choe Seong (naib presiden kanan, ketua pegawai perubatan Hanall BioPharma).

"Dengan tema 'Perkongsian dan Pengembangan Perniagaan Meneroka Peranan Kawal Selia dan Tanggungjawab Inovatif', para eksekutif ini akan berbincang mengenai pengembangan syarikat dan peluang pelaburan dalam industri biofarmaseutikal Asia," kata syarikat itu.

Konvensyen tersebut juga akan menampilkan pakar-pakar industri utama. - BERNAMA

Artikel Lain