suria

Lebih 110 Mati Dalam Nahas Feri Karam Di Dhaka

Pasukan mengangkat mayat, antara mangsa dalam nahas feri tenggelam di Dhaka. - AP
Pasukan mengangkat mayat, antara mangsa dalam nahas feri tenggelam di Dhaka. - AP
Pasukan mengangkat mayat, antara mangsa dalam nahas feri tenggelam di Dhaka. - AP

DHAKA: Sebuah feri di Bangladesh karam selepas melanggar tongkang minyak sehingga mengorbankan banyak nyawa, menjadikan ia sebagai tragedi feri paling buruk di negara itu apabila angka kematian mencecah 110 orang, manakala yang lain masih belum dijumpai.

Feri Dhaka MV Shariatpur-1, yang membawa lebih daripada 250 orang itu terbalik pada awal Selasa di sungai Meghna, kira-kira 50 km dari ibu negara, Dhaka.

Kira-kira 80 penumpang berjaya berenang ke tepi sungai dan diselamatkan oleh bot-bot yang tiba sejurus selepas insiden tersebut berlaku, kata pegawai rasmi dan laporan media.

Kapal penyelamat menjumpai feri berkenaan yang tenggelam kira-kira 20 meter dari paras air dan berjaya ditarik ke tebing sungai pada Rabu.

Sebahagian mangsa kelihatan terapung apabila feri itu dinaikkan.

“Badan-badan mereka timbul satu demi satu,” kata seorang saksi, Abdul Barek.

Sebanyak 35 kematian pada Selasa dan 75 lagi mayat dijumpai pada Rabu, kata seorang pegawai rasmi.

Pegawai kanan wilayah, Azizul Alam memberitahu pemberita, menurut sumber daripada saudara-mara mangsa, sekurang-kurangnya 61 orang lagi masih hilang.

Feri yang penuh sesak dan tidak terkawal itu melalui sungai yang sibuk di Bangladesh.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam kemalangan seumpama itu setiap tahun. - REUTERS

Artikel Lain