suria

Kerajaan Cadang Naikkan Harga Bahan Api: Pelajar Berhimpun Tunjuk Perasaan

Salah seorang pelajar melaungkan slogan bagi membantah kenaikan harga bahan api dalam satu perhimpunan tunjuk perasaan di Jakarta. -AP

JAKARTA: Para pelajar telah melemparkan batu sebagai menunjuk perasaan terhadap hasrat kerajaan untuk menaikkan harga bahan api.

Polis menggunakan gas pemedih untuk meredakan tunjuk perasaan itu.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di hadapan sebuah universiti swasta di pusat bandar Jakarta.

Polis melepaskan tembakan kanister gas pemedih mata berikutan mereka melontar batu dalam rusuhan itu.

Dua pelajar telah ditahan.

Kerajaan bercadang untuk menaikkan harga bahan api sebanyak kira-kira 33 peratus pada bulan depan bagi mengelakkan defisit bajet yang disebabkan oleh subsidi bahan api yang tinggi.

Anggota keselamatan turut menahan enam pelajar di banguna Parlimen yang telah memecahkan bingkai gambar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Pelajar-pelajar melakukan bantahan hampir setiap hari di Jakarta dan bandar-bandar sesak lain sejak kenaikan harga bahan api yang diumumkan pada awal tahun ini. - AP

Artikel Lain