suria

Kadar pengangguran Singapura Cecah Paras Terendah

SINGAPURA: Kadar pengangguran keseluruhan Singapura bagi suku keempat 2011 dan kadar purata bagi keseluruhan tahun berada pada dua peratus yang merupakan kadar terendah dalam tempoh 14 tahun.

Laporan Pasaran Buruh 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia menunjukkan, secara purata, 60,600 penduduk termasuk 52,900 warga Singapura menganggur pada 2011.

Angka bagi 2010 ialah masing-masing seramai 64,800 dan 57,700.

Dalam keadaan pasaran buruh yang kekurangan pekerjaan, kata kementerian itu, pendapatan pekerja meningkat tetapi dengan prospek ekonomi yang tidak menentu, sentimen mengambil pekerja terus merosot.

Pemberhentian kerja meningkat dalam suku akhir 2011 itu, meskipun terdapat peningkatan kecil jumlah keseluruhan pekerja yang terlibat dalam setahun penuh.

Sementara itu, pertumbuhan produktiviti buruh lembap, selepas pemulihan mendadak pada tahun sebelumnya.

Bagi keseluruhan tahun, jumlah pengangguran meningkat sebanyak 122,600 (atau 3.9 peratus) pada 2011, lebih tinggi sedikit daripada pertambahan sebanyak 115,900 (atau 3.9 peratus) pada 2010.

Artikel Lain