suria

Jenama Sharp Catat Kerugian, Ganti Pengurusan Tertinggi

Gambar fail Presiden Sharp Mikio Katayama pada Jun 2011. Syarikat pembuat barangan eletronik Jepun itu akan menukarkan jawatan presiden itu, yang akan diambil alih oleh Takashi Okuda pada 1 April. - REUTERS

TOKYO: Pembuat barangan elektronik Jepun, Sharp akan menggantikan pengurusan tertingginya pada bulan depan selepas syarikat itu mencatatkan kerugian berjumlah berbilion dolar.

Pegawai Urusan Eksekutifnya, Takashi Okuda akan mengambil alih jawatan presiden yang diterajui Mikio Katayama pada 1 April, sebagai penstrukturan semual pengurusan yang dilakukan oleh syarikat yang berpangkalan di Osaka.

Syarikat itu berkata, Katayaman akan menggantikan pengerusi Katsuhiko Machida, yang akan kekal sebagai penasihat, sambil menambah bahawa semua perubahan kakitangan akan dilakukan secara rasmi yang disahkan dalam mesyuarat ahli lembaga yang dijadualkan pada Jun.

Katayama mula menjadi presiden pada April 2007.

Sharp yang menjadikan kejatuhan harga, kenaikan yen dan kelembapan ekonomi global sebagai punca kerugian berkata, syarikat itu pada bulan lepas menjangkakan kerugian 290 bilion yen (AS$3.5 bilion) pada prestasi tahunan pada Mac, berbanding dengan unjuran awal untuk mencatatkan keuntungan bersih 6 bilion yen.

Pengumuman itu membuatkan Sharp sebagai pembuat elektronik Jepun seterusnya mengumumkan perubahan dalam pengurusan tertinggi selepas Panasonic dan Sony, juga mengalami kerugian besar, yang telah merombak barisan eksekutif mereka.

Kedudukan syarikat elektronik gergasi Jepun semakin tenat berikutan kerugian dalam jualan televisyen mereka berikutan kenaikan yen menyebabkan produk mereka lebih mahal di luar negara di samping terpaksa bersaing dengan pesaing asing termasuk jenama Samsung dari Korea Selatan. - AFP

Artikel Lain