Enam Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Bali - Dunia | mStar

Enam Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Bali

JAKARTA: Enam orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Desa Belandingan, Kintamani, daerah Bangli, Pulau Bali pada Selasa berikutan hujan lebat.

Kejadian berlaku di sebuah tebing bukit berkecerunan antara 70 hingga 90 darjah, kata Pemangku Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Bali, Dewa Made Indra, pada Rabu.

Lima mangsa yang terkorban ditemui di kawasan bencana di Desa Belandingan dengan dua daripadanya dihanyutkan arus air banjir kilat manakala tiga yang lain masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu, katanya.

Sementara mayat kanak-kanak itu ditemui di Desa Pinggan, sebuah kawasan berdekatan, katanya dan menurutnya seorang mangsa yang mengalami kecederaan turut ditemui di lokasi sama.

Keenam-enam mangsa ditimpa bencana itu ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bertani pada waktu senja, katanya.

Kejadian itu juga mengakibatkan laluan di Jalan Singaraja ditutup selama 16 jam akibat timbunan tanah runtuh.

Dewa Made Indra berkata, bencana tanah runtuh memang berlaku setiap tahun di daerah itu tetapi inilah kali pertama ia menelan korban sehingga enam orang.

Sehingga berita ini ditulis, pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah itu. - BERRNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Gegar Timur Tokyo

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain