Akhilesh Catat Sejarah Ketua Menteri Termuda India

Ketua Parti Samajwadi, Akhilesh Yadav (tengah) dipilih sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh yang baru secara rasmi pada Khamis.
Ketua Parti Samajwadi, Akhilesh Yadav (tengah) dipilih sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh yang baru secara rasmi pada Khamis.
Ketua Parti Samajwadi, Akhilesh Yadav (tengah) dipilih sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh yang baru secara rasmi pada Khamis.

NEW DELHI: Seorang graduan dalam bidang kejuruteraan berusia 38 tahun pada Khamis mengangkat sumpah selaku Ketua Menteri negeri paling padat di India, Uttar Pradesh selepas memenangi pilihan raya, Sabtu lalu.

Susulan kemenangan itu, Akhilesh Yadav mencipta sejarah di India apabila menjadi ketua menteri termuda di mana penyokong menyifatkan beliau sebagai pembawa perubahan dalam arena politik negara berkenaan.

Sementara itu, cucu kepada tokoh politik tersohor India, Mahatma Gandhi, Rahul Gandhi yang mengetuai Parti Kongres sekadar menduduki tempat keempat.

Parti Samajwadi yang dipimpin Akhilesh menepati ramalan untuk mencatat kemenangan majoriti daripada 403 kerusi negeri yang dipertandingkan.

Rahul, 41, hanya boleh menyaksikan musuhnya menguasai tajuk berita di semua dada akhbar tempatan di India selepas kemenangan tersebut.

Meskipun nama Akhilesh tidak sehebat keturunan Gandhi, keluarganya pernah terlibat dalam politik di Uttar Pradesh.

Bapanya yang merupakan bekas ahli gusti, Mulayam Singh Yadav, sebelum berjinak-jinak dalam politik pernah memegang jawatan selaku ketua menteri negeri itu selama tiga penggal bermula pada 1992.

Mulayam merupakan pengasas Parti Samajwadi.

Dilahirkan pada 1 Julai 1973, Akhilesh dibesarkan dalam keadaan serba sederhana dan tidak didedahkan kepada umum.

Beliau menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Kejuruteraan Marin di Sydney, Australia.

Akhilesh memenangi kerusi dewan undangan negeri pada 2000 dan dicalonkan semula pada pilihan raya umum 2004 dan 2009.

Beliau yang gemar memakai pakaian tradisi India dan kepetahannya bercakap bahasa Hindi di khalayak ramai memainkan peranan utama dalam membawa pembangunan kepada Uttar Pradesh.

Di satu sudut, beliau dipuji kerana membawa pemodenan di negeri tersebut dan terkenal dengan kempennya yang turut menampilkan beberapa bintang Bollywood.

Yadav turut memberi jaminan kepada pengundi muda bahawa lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan dalam usaha meningkatkan ekonomi negeri itu.

Artikel Sebelum

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain

Rodriguez dalam radar Manchester United