suria

Sami Lawat Pulau Yang Dipertikaikan Di Laut China Selatan

HANOI: Seorang pegawai rasmi berkata, seramai enam sami Buddha warga Vietnam akan berkunjung ke pulau-pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan bagi membantu mempertahankan tuntutan wilayah negara itu.

Yang berhomat Thich Giac Nghia pada Rabu berkata, beliau dan enam lagi sami telah menawarkan diri untuk melawat Kepulauan Spratly untuk tempoh sekurang-kurangnya bagi mengamalkan ajaran Buddha dan “mempertahankan kedaulatan negara.”

Pulau-pulau berkenaan, dipercayai kaya dengan minyak dan sumber-sumber lain, yang dituntut kesemuanya atau sebahagiannya oleh Vietnam, China, Malaysia, Taiwan, Brunei and the Filipina.

Pegawai rasmi dari pusat sami di Khanh Hoa berkata, lawatan berkenaan akan ditaja.

Kementerian Luar Vietnam bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. - AP

Artikel Lain