suria

Singapura Di Tangga Ketiga Di Dunia Untuk Daya Saing

SINGAPURA: Singapura menduduki tangga ketiga sebagai bandaraya paling berdaya saing di dunia daripada 120 pasaran global, demikian menurut laporan Economist Intelligence Unit (EIU) yang dikeluarkan oleh Citigroup Inc.

Laporan itu berkata ranking itu menempatkan Singapura bersama-sama dengan New York (pertama) dan London (kedua), yang sememangnya diketahui sebagai hab-hab ekonomi dan kewangan global terkemuka.

Ia berkata ranking Singapura terutamanya terbaik dalam kategori-kategori modal fizikal (pertama bersama secara keseluruhan), kematangan kewangan (pertama bersama), kecekapan institusi (keenam) dan tarikan global (keempat).

Laporan itu mentakrifkan daya saing sebagai "keupayaan yang didemonstrasikan untuk menarik modal, perniagaan, bakat dan pelawat".

Bandar-bandar ini dinilai berdasarkan kepada 21 petunjuk kualitatif dan 10 kuantitatif.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, Leo Yip berkata ranking Singapura itu adalah bukti kepada tarikan negara sebagai lokasi perniagaan global di tengah-tengah rantau Asia yang pesat berkembang.

"Kekuatan kami dikaitkan dengan kepercayaan dan amanah, pengetahuan, saling hubung dan kehidupan telah menyokong keupayaan kami untuk menarik pelaburan, perniagaan, bakat dan idea," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Lain