suria

Helikopter Penyerang Rusia Alami Kemalangan Di Moscow

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Rusia berkata salah satu helikopter penyerang telah mengalami kemalangan dan terhempas di barat laut wilayah Moscow, membunuh sekurang-kurangnya seorang anak kapal.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov berkata rangka helikopter dua tempat duduk Ka-52 Alligator pada Selasa terletak kira-kira 10 kilometer (6 batu) dari barat lapangan terbang di bandar Torzhok.

Konashenkov berkata navigator helikopter telah terbunuh dalam kemalangan tersebut manakala juruterbang yang mengalami kecederaan sedang dirawat.

Ka-52 adalah salah satu pesawat yang paling moden di Rusia dan direka untuk memusnahkan kereta kebal, melakukan peninjauan rupa bumi dan terlibat dalam pertempuran udara.

Kemalangan yang melibatkan helikopter buatan Soviet telah mengorbankan beberapa nyawa di Rusia sejak dua dekad yang lalu.

Artikel Lain