suria

Gereja Katolik England Giat Kempen Tentang Perkahwinan Sejenis

LONDON: Gereja Katolik di England menggiatkan kempen menentang rancangan kerajaan untuk menghalalkan perkahwinan sejenis.

Dalam surat yang dibaca 2,500 di gereja di seluruh negara semasa 'Sunday Mass', ketua kanan biskop gereja berpendapat bahawa perubahan itu akan mengurangkan kepentingan perkahwinan.

Ia menyatakan bahawa Katolik mempunyai tanggungjawab untuk memastikan "makna sebenar perkahwinan tidak hilang untuk generasi akan datang."

Kerajaan Britain merancang untuk membolehkan semua orang, tidak kira orientasi seksual mereka, mempunyai pilihan untuk perkahwinan sivil.

Perdana Menteri David Cameron telah menyokong secara terbuka rancangan itu.

Minggu lepas Ketua Gereja Katolik Scotland Keith O'Brien, mengutuk cadangan itu sebagai "kegilaan."

Artikel Lain