suria

Polis India Tahan Suspek Yang Serang Diplomat Israel

NEW DELHI: Polis India berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden serangan ke atas kereta yang dipandu oleh diplomat Israel pada 13 Februari lalu.

Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, suspek itu berusia 50 tahun tetapi enggan mendedahkan identitinya lagi.

Bagaimanapun sumber-sumber memberitahu agensi berita AFP, suspek itu dikenali sebagai Syed Mohammed Kazmi, seorang warga negara India tetapi mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan Iran.

Dalam kejadian serangan bom itu, seorang diplomat Israel berusia 42 tahun yang juga merupakan isteri kepada atache pertahanan di kedutaan yang sama mengalami kecederaan parah setelah keretanya diletupkan.

Israel dengan segera mengaitkan insiden itu dengan Iran apabila satu lagi serangan yang sama dilakukan ke atas diplomat mereka di Georgia pada hari yang sama.

Sehari kemudian, satu lagi percubaan untuk mengebom diplomat Israel dilancarkan di Bangkok, Thailand tetapi gagal mengena sasaran.

Artikel Lain