suria

Pegawai Kementerian Pertahanan UK Didakwa Bocor Rahsia

LONDON: Seorang pegawai Kementerian Pertahanan telah didakwa kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan.

Polis Britain berkata, Edward Debenney, 29, didakwa kerana menyampaikan maklumat yang boleh menjadi “secara langsung atau tidak langsung” untuk digunakan oleh musuh, di mana tindakan itu tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Polis tidak menyatakan secara terperinci mengenai negara mana yang membabitkan penyebaran maklumat oleh Debenney seperti yang didakwa.

Debenney yang berasal dari utara Ireland telah ditahan pada Selasa di pangkalan tentera laut Plymouth.

BBC mengenal pasti dia sebagai anggota submarin Tentera Laut Diraja.

Debenney hadir ke mahkamah London pada Khamis. - AP

Artikel Lain