suria

Kes Bunuh Diri Libatkan Tentera AS Meningkat 80% - Kajian

PARIS: Angka kes bunuh diri di kalangan tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 80 peratus selepas AS melancarkan perang ke atas Iraq, menurut doktor angkatan tentera AS pada Khamis.

Bermula dari 1977 hingga 2003, kes bunuh diri di kalangan tentera yang dicatatkan menurun malah lebih rendah jika dibandingkan dengan kes awam.

Namun angka berkenaan mula meningkat pada 2004 iaitu selepas pencerobohan AS, demikian menurut kajian yang disiarkan menerusi jurnal Pencegahan Kecederaan British.

Pada 2008, seramai 140 anggota tentera terlibat dalam kejadian bunuh diri iaitu 80 peratus lebih tinggi berbanding 2004.

"Peningkatan ini adalah angka luar biasa yang direkodkan tentera AS dalam tempoh 30. Ia juga menunjukka bahawa 30 peratus daripada kes bunuh diri yang berlaku pada 2008 boleh dikaitkan dengan pasca 2003 berikutan peristiwa kemasukan tentera ke Iraq, iaitu sebagai lanjutan kepada operasi berterusan di Afghanistan," lapor jurnal itu.

Mereka yang mati lebih ketara di kalangan lelaki yang masih muda daripada kumpulan tentera berpangkat rendah yang mempunyai sejarah kemurungan dan gangguan mental.

Peningkatan ini mencerminkan peningkatan kepada kaedah rundingan serta yang dimasukkan ke hospital bagi masalah mental.

Dari 2003, kadar ini hampir dua kali ganda.

"Pada 2008 menunjukkan bahawa lebih daripada satu per lima jumlah semua tentera mendapatkan rawatan gangguan mental, ini membayangkan satu tahap masalah kesihatan yang membimbangkan," kata kajian itu.

Pada tahun 2008, hampir satu pertiga daripada kes bunuh diri berlaku di kalangan tentera yang tidak pernah dikerahkan.

Kajian itu diketuai oleh Pegawai ​Perintah Kesihatan Awam Tentera AS, Michelle Canham-Chervak ​ dengan menggunakan maklumat daripada Data Bersepadu Tingkah Laku Tentera.

Artikel Lain