suria

Empat Anggota Tentera Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Selatan Thailand

BANGKOK: Empat anggota tentera terbunuh dan seorang parah dalam serangan bom di Narathiwat malam Rabu.

Ketua polis, Narathiwat Pol Mej Gen Shotti Chawalwiwat pada Khamis berkata, 12 anggota tentera dalam perjalanan dengan sebuah jip apabila sebutir bom seberat 20 kilogram yang diletakkan di tepi jalan meletup di Jabat, daerah Rusok, Narathiwat, pada pukul 10.30 malam.

Letupan itu menyebabkan jip tentera berkenaan rosak teruk dan empat mayat ditemui 50 meter daripada jip itu.

Sebuah jip lain dan penumpangnya teselamat daripada serangan itu, kata Shotti sambil menambah bahawa polis percaya kumpulan pemisah bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain