suria

Dua Militan Filipina Yang Ditahan Ada Kaitan Dengan Insiden Penculikan

MANILA: Tentera Filipina telah menahan seorang lelaki bersenjata daripada kumpulan Abu Sayaf yang dikaitkan dengan insiden penculikan tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang lagi anggota militan yang terbabit dalam pemotongan kepala anggota marin Filipina pada tahun 2007.

Pegawai tentera, Kolonel Ricardo Visaya berkata, pasukannya pada Rabu telah menahan Serham Akalon di selatan Basilan di wilayah bandar Sumisip dan Anni Idris di wilayah bandar Isabela.

Visaya pada Khamis berkata, Akalon mempunyai kaitan dengan insiden pemotongan kepala 10 anggota marin semasa satu pertempuran di bandar Al-Barka pinggir Basilan.

Dia pernah ditangkap tetapi melarikan diri dari penjara pada 2009.

Visaya berkata, Idris didakwa memainkan peranan dalam penculikan tiga warga AS dan 17 pelancong Cina warga Filipina pada 2001 yang menjadi tebusan di Basilan.

Insiden itu mengakibatkan dua warga AS terbunuh. - AP

Artikel Lain