suria

Dua Dipenjara Di Vietnam Edar Dokumen Anti Kerajaan

HANOI: Kenyataan rasmi mengatakan mahkamah di Vietnam telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua penganut Katolik kerana mengedarkan dokumen anti-kerajaan.

Seorang pegawai mahkamah di wilayah Nghe An berkata Vo Thi Thu Thuy dan Nguyen Van Thanh telah disabitkan kesalahan menyebarkan propaganda anti-kerajaan dan masing-masing dihukum hingga lima dan tiga tahun dalam satu perbicaraan, hari Selasa.

Pegawai rasmi, Pham Van Phúc, pada Khamis berkata Thuy dan Thanh telah ditangkap pada awal tahun 2011 selepas mengagihkan dokumen di wilayah Nghe yang memfitnah kepimpinan Parti Komunis yang memerintah.

Pada tahun 2009, Thuy turut mengambil bahagian dalam perhimpunan penganut Katolik di tengah-tengah wilayah Quang Binh sebagai permintaan kepada kerajaan tempatan untuk mengembalikan tanah gereja.

Artikel Lain