suria

Tentera Syria Letupkan Jambatan Pemberontak

DAMSYIK: Tentera Syria semalam bertindak membedil kubu kuat penentang dan meletupkan sebuah jambatan yang biasa digunakan oleh pemberontak untuk melarikan diri ke Lebanon, menurut kumpulan pemantau.

Tindakan itu susulan pengumuman Presiden Bashar al-Assad, yang berikrar untuk menentang keganasan sehingga ke akar umbi.

“Rakyat Syria sekali lagi membuktikan kapasiti mereka untuk mempertahankan negara dan membina Syria baru melalui ketetapan untuk meneruskan reformasi bersama menentang keganasan yang didalangi pihak asing,” katanya kepada sebuah agensi berita.

Dalam serangan yang berlaku di bandar herak, wilayah selatan Daraa itu, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh semalam termasuk seorang kanak-kanak perempuan, menurut kumpulan pemantau. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain