suria

Singapura Mohon Cuti Sehari Seminggu Untuk Pembantu Rumah

SINGAPURA: Pekerja domestik di Singapura tidak lama lagi akan memperoleh sesuatu seperti orang lain di seluruh dunia iaitu cuti sehari.

Menteri Tenaga Kerja, Tan Chuan-Jin berkata di Parlimen pada Isnin, bermula Januari 2012, para pekerja domestik mesti menerima satu hari cuti seminggu atau sejumlah bayaran sekiranya mereka perlu bekerja pada hari berkenaan.

Cadangan itu mesti mendapatkan kelulusan Parlimen namun disebabkan kerajaan memegang majoriti kerusi maka ia dijangka diluluskan.

Seramai 206,000 pekerja domestik berkhidmat di Singapura di mana kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina. - AP

Artikel Lain