suria

Lelaki Singapura Terlepas Hukuman Sebat Setelah Mahkamah Dapati Dia Bertukar Jantina

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura terselamat daripada hukuman sebatan oleh sebuah mahkamah di sini setelah diberitahu yang dia kini bukan lagi seorang lelaki.

Lelaki tersebut telah didapati menjalani pembedahan pertukaran jantina sebelum mahkamah mendapati dia bersalah.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan hukuman sebatan sudah tidak lagi sesuai setelah mendapati yang dia kini bukan lagi seorang lelaki.

Mahkamah berkenaan mengiktiraf pertukaran jantina Preeta Nivashani M Rechnam,40.

Preeta Rechnam akhirnya hanya diperintah menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun dan tiga bulan.

Undang-undang Singapura tidak membenarkan wanita dan lelaki yang berusia melebihi 50 tahun menjalani hukuman sebatan.

Sementara itu akhbar The Straits Times Singapura melaporkan, Rechnam pertama kali dihukum pada tahun 1998 dan diarahkan menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali dan penjara lima tahun kerana didapati bersalah menyalahgunakan morfin.

Selepas dibebaskan, Rechnam telah berkunjung ke Thailand pada 2006 untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina.

Dia kemudiannya telah ditahan semula Disember tahun lalu kerana didapati mengambil metamphetamin serta heroin.

Seandainya Rechnam tidak menjalani pembedahan pertukaran seks, dia mungkin akan menerima hukuman sebat antara enam hingga 12 kali di samping hukuman penjara kerana mengulangi perbuatannya itu selepas pertama kali ditangkap atas kes yang serupa.

Di Singapura seorang pesalah kali kedua atas kes yang sama berhadapan dengan penalti yang lebih berat.

Artikel Lain