suria

Kos Ubah Suai Kompleks PBB RM6.04 Bilion

Kompleks PBB di New York sedang diubahsuai secara besar-besaran. Foto AP.
Kompleks PBB di New York sedang diubahsuai secara besar-besaran. Foto AP.
Kompleks PBB di New York sedang diubahsuai secara besar-besaran. Foto AP.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Arkitek yang bertanggungjawab dalam pengubahsuaian besar-besaran di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York berkata, bajet akhir projek tersebut telah mencecah AS$2 bilion (RM6.04 bilion), kira-kira empat peratus melebihi bajet asal.

Arkitek New York, Michael Adlerstein berkata, pengubahsuaian besar terhadap kompleks yang berusia 60 tahun itu kini berjalan lancar meskipun agak perlahan berikutan langkah-langkah keselamatan tambahan.

Adlerstein juga berkata, semua kerja itu akan siap sepenuhnya sebelum Perhimpunan Agung PBB pada September 2014. – AP

Artikel Lain