suria

Pilihan Raya Rusia: Putin Raih Kemenangan Muktamad

SEBAK...Putin tidak dapat menahan rasa pilu sehingga menitiskan air mata selepas diumumkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Presiden Rusia yang berlangsung pada Ahad, 4 Mac 2012.

MOSCOW: Vladimir Putin memperoleh kemenangan muktamad dalam pilihan raya Presiden Rusia pada Ahad untuk kembali memerintah negara itu untuk tempoh enam tahun lagi.

Kemenangan Putin tidak pernah diragui memandangkan kebanyakan wilayah di negara itu masih mahu beliau memimpin Rusia.

Di sebalik kemenangan itu, Putin terus menerima tekanan demi tekanan di mana tunjuk perasaan akan diadakan lewat petang Isnin di Moscow.

Putin memperolehi kemenangan pada malam Ahad sebaik saja suku daripada jumlah undi telah dikira.

Beliau bercakap di hadapan kira-kira puluhan ribu penyokong yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan.

"Saya berjanji bahawa kami akan menang dan kami telahpun menang. Kami menang dalam keadaan terbuka dan persaingan sengit," katanya.

Putin, 59, berkata pilihan raya itu membuktikan rakyatnya tidak boleh melakukan provokasi terhadap kepimpinan sedia ada untuk memusnahkan Rusia.

Keputusan undian yang diumumkan oleh televisyen tempatan meramalkan Putin berupaya memperoleh 59 peratus undian.

Dengan kira-kira 90 peratus undian di beberapa kawasan masih lagi dikira, Putin dilihat mendahului dengan 65 peratus undian.

Suruhanjaya Pilihan Raya Rusia berkata, keputusan penuh akan diketahui lewat Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Lain