suria

Letupan Di Pasar: Seorang Terkorban, Tujuh Cedera

Keadaan di salah satu bahagian dalam pasar di selatan Thailand yang terkena letupan bom yang disyaki dilakukan oleh pemberontak. Foto REUTERS.

PATTANI: Pemberontak yang disyaki meletupkan bom di pasar di selatan Thailand pada Isnin yang sering dilanda serangan ganas telag mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan tujuh yang lain, kata seorang polis.

Kolonel Nitinai Langyanai berkata, bahan letupan disembunyikan dalam sebuah periuk di pasar tepi sungai di daerah Takbai, wilayah Narathiwat di mana satu pasukan tentera telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.

Nitinai berkata, seramai empat tentera dan empat orang awam, masing-masing terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita cedera dan dihantar ke hospital.

Beliau berkata, antara orang awam yang cedera merupakan pemandu bot berusia 37 tahun namun mati selepas itu.

Hampir 5,000 orang terkorban di tiga wilayah di selatan Thailand sejak pemberontakan Islam yang tercetus pada tahun 2004.

Yala, Narathiwat dan Pattani hanya merupakan wilayah yang didominasi oleh Muslim di negara yang kebanyakan rakyatnya menganut Buddha. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain