suria

Depo Simpan Senjata Kongo Meletup: 206 Disahkan Terbunuh

BRAZZAVILLE (Kongo): Satu letupan besar yang berlaku di depo menyimpan senjata di sini telah mengorbankan 206 mangsa dan mencederakan beratus yang lain serta meranapkan sebuah gereja dan beberapa bangunan yang lain.

Satu mesyuarat kabinet kerajaan Kongo awal pagi Isnin telah menghantar kawad diplomatik memohon bantuan segera daripada negara-negara lain.

Presiden Denis Sassou Nguesso turut mengumumkan perintah berkurung di seluruh bandar ini.

Kerajaan menyalahkan kejadian litar pintas sebagai punca letupan di dalam depo tersebut.

Letupan itu tersangat kuat sehingga boleh didengari di ibu negara Republik Demokratik Kongo, Kinshasa iaitu jiran terdekat Kongo.

Antara yang disahkan mati ialah enam warga Republik Rakyat China yang bekerja dengan Beijing Construction Engineering Group di negara tersebut.

\

Artikel Sebelum

Artikel Lain