suria

Suspek Pengebom Pattani Mungkin Wanita Berhijab

BANGKOK: Siasatan awal polis menunjukkan seorang wanita memakai hijab dipercayai bertanggungjawab meletakkan sebutir bom di sebuah gedung perniagaan di sini yang meletup semalam.

Ketua Polis Pattani, Major Jenderal Pichet Pitisetchapan berkata televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di gedung tersebut mendedahkan wanita berkenaan telah meletakkan bom di situ.

"Dia masuk ke dalam gedung perniagaan itu pada 7.23 malam hari Rabu dan meninggalkan tempat itu 7.28 malam. Bom tersebut meledak pada jam 1.30 pagi Khamis," katanya.

Pichet berkata wanita yang sama juga dipercayai mengebom sebuah mesin penggeluar wang auto (ATM) di sini pada 6 Disember tahun lepas.

Selain gedung perniagaan tersebut, sebuah pasar raya dan dua buah pasar mini, semuanya di sini, juga terbakar akibat beberapa siri kegiatan meletupkan bom, semalam, bermula dengan pasar raya dan gedung perniagaan berkenaan pukul 1.30 pagi.

Sementara itu seorang anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian letupan bom di tepi jalanraya di Kampung Kerawat, Mayo, di sini pagi tadi.

Artikel Lain