suria

Mayat Wartawan, Jurugambar Ditemui Di Syria

DAMSYIK: Pihak berkuasa Syria sudah menjumpai mayat wartawan warga Amerika Syarikat, Marie Colvin dan jurugambar warga Perancis, Remi Ochlik di daerah Baba Amr, Homs pada Jumaat, lapor Kementerian Luar Negeri.

“Pihak berkuasa tempatan pagi ini mengebumikan mayat dua pengamal media itu, Marie Colvin dan Remi Ochlik dalam usaha kemanusiaan terbesar,” menurut sumber di kementerian yang dipetik agensi berita Sana. “Kedua-dua mereka dikebumikan di wilayah ini yang dikawal kumpulan pengganas bersenjata," kata sumber berkenaan.

Wartawan berkenaan maut dalam serangan roket 22 Februari lalu di pusat sementara media di Baba Amr, kubu kuat pemberontak di tengah bandar Homs, Syria. - AFP

Artikel Lain