suria

Kakitangan Bawahan Lapangan Terbang Di Berlin Lancar Mogok

BERLIN: Kakitangan bawahan di lapangan terbang utama Berlin mengadakan mogok selama tiga setengah jam kerana pertikaian tentang gaji.

Kesatuan pekerja di bahagian perkhidmatan mengumumkan melancarkan mogok di Lapangan Terbang Tegel sebelum mogok bermula pada pukul 6 pagi (0500 GMT), Jumaat.

Beberapa pelepasan dan ketibaan penerbangan terpaksa dibatalkan.

Mogok dilakukan sebagai menggesa kenaikan empat peratus pembayaran kepada kira-kira 1,500 kakitangan GlobeGround, yang menyediakan pengendalian bagasi dan perkhidmatan lain.

Mogok yang dipanggil 'mogok amaran' seperti ini digunakan secara kerap sebagai satu taktik untuk meningkatkan tekanan dalam rundingan upah di Jerman.

Lapangan terbang kedua Berlin, Schoenefeld, bagaimanapun tidak terjejas.

Pertikaian itu tidak mempunyai kaitan dengan salah satu Lapangan Terbang di Frankfurt yang baru-baru ini melancarkan mogok selama beberapa hari.

Artikel Lain