suria

Undang-Undang Sekat Propaganda Gay Dilulus

ST. PETERSBURG: Penggubal undang-undang St. Petersburg, bandar kedua terbesar di Russia pada Rabu meluluskan peraturan yang mengenakan saman di atas kesalahan menyebarkan `propaganda’ gay di kalangan golongan bawah umur.

Ia masih memerlukan kelulusan Gabenor bandar tersebut sebelum ia dijangka dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lalu.

Peraturan itu akan mengenakan saman sehingga 5,000 rouble (RM527) ke atas individu dan 500,000 rouble (RM52,700) ke atas syarikat menyebarkan `propaganda’ yang boleh merosakkan kesihatan, moral dan rohani mereka yang dibawah umur.

Seorang pengkritik undang-undang berkata, kelulusan rang undang-undang itu boleh digunakan untuk menyekat komuniti homoseksual.

Artikel Lain