suria

Lady Gaga Lancar Yayasan Belia Di Harvard

Lady Gaga (tengah) sewaktu tiba di Universiti Harvard bagi melancarkan yayasan baru untuk golongan belia.
Lady Gaga (tengah) sewaktu tiba di Universiti Harvard bagi melancarkan yayasan baru untuk golongan belia.
Lady Gaga (tengah) sewaktu tiba di Universiti Harvard bagi melancarkan yayasan baru untuk golongan belia.

CAMBRIDGE: Bintang pop, Lady Gaga bersama rakan-rakan berpengaruhnya tiba di Universiti Harvard pada Rabu bagi melancarkan yayasan baru untuk memperkasakan golongan muda.

Penyanyi itu menyertai Oprah Winfrey, pemimpian kerohanian Deepak Chopra dan Setiausaha Perkhidmatan Manusia dan Kesihatan, Kathleen Sebelius bagi melancarkan Yayasan “Born This Way” yang merupakan inspirasi beliau untuk membantu belia.

Gaga bercakap kepada lebih 1,100 pelajar dari pelbagai negeri, fakulti dan tetamu jemputan di Harvard menggesa generasi muda untuk “mencabar kejahatan dan kezaliman”.

“Saya percaya jika anda mempunyai matlamat yang berpotensi, anda mesti menjadikan dunia lebih baik dan mendiaminya,” katanya.

Beliau mengingatkan hadirin bahawa tiada undang-undang yang membuatkan seseorang itu menjadi baik kepada orang lain.

Nama yayasan itu diperoleh daripada tajuk album dan lagu Gaga yang popular pada tahun 2011.

Lagu berkenaan mengisahkan tentang memperkasakan diri dan menjadi lagu kebangsaan untuk perarakan golongan gay.

Winfrey berkata, beliau menyokong yayasan itu kerana mesej tersebut seiring dengan kepercayaan teras beliau meliputi kebaikan, belas kasihan, kepercayaan dan penerimaan.

Pengacara program bual bicara terkenal itu menemuramah Gaga di atas pentas berkenaan dengan yayasan itu. - AP

Artikel Lain