suria

Hong Kong Airlines Mungkin Batal Tempahan Pesawat Airbus

Hong Kong Airlines.
Hong Kong Airlines.
Hong Kong Airlines.

HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong yang dilaporkan pada Khamis mungkin membatalkan satu tempahan membabitkan 10 pesawat superjumbo Airbus iaitu A380, ekoran China membantah caj pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan bagi Kesatuan Eropah (EU).

Beijing telah melarang terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang mematuhi skim EU yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu meskipun tiada syarikat penerbangan yang dikenakan tindakan undang-undang sehingga tahun 2012.

Hong Kong Airlines yang merupakan anak syarikat penerbangan Hainan Airlines berkata, syarikat itu kini menghadapi tekanan untuk membatalkan pengambilan itu yang dilaporkan bernilai kira-kira AS$ 3.8 bilion (RM11.4 bilion) kerana mengikut keputusan China.

“Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan negara kita,” kata Presiden Hong Kong Airlines, Yang Jianhong kepada akhbar South China Morning Post di Hong Kong.

Akhbar itu memetik satu sumber sebagai berkata, syarikat penerbangan itu mungkin mengkaji semula rancangan pengembangan pesawat itu sekiranya arahan itu dimansuhkan.

Sebanyak 10 pesawat yang sepatutnya ditempah itu digunakan untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Pembekal pesawat dari Eropah itu dilaporkan berkata, ia merancang untuk menyerahkan pesawat A380 yang pertama kepada Hong Kong Airlines pada 2015.

China merupakan antara negara-negara yang menentang skim EU termasuk India dan Rusia yang dikenakan ke atas mana-mana syarikat penerbangan yang berlepas atau mendarat di Eropah. - AFP

Artikel Lain