Bekas Editor Tabloid Dapat Kuda Percuma Daripada Polis UK - Dunia | mStar

Bekas Editor Tabloid Dapat Kuda Percuma Daripada Polis UK

LONDON: Polis British telah memberikan seekor kuda yang telah 'bersara' kepada bekas editor akhbar tabloid 'News of the World', Rebekah Brooks untuk dijaga, penguatkuasa mengesahkan pada Selasa - tetapi menegaskan kuda tersebut bukanlah hadiah.

Polis Metropolitan berkata kuda berusia 22 tahun telah dipinjamkan kepada Brooks - bekas ketua eksekutif akhbar British Rupert Murdoch pada tahun 2008 atas permintaan di bawah program yang membolehkan orang ramai untuk menjaga haiwan perkhidmatan yang telah bersara dan menunggangnya.

Jurucakap Brooks, David Wilson, mengesahkan bahawa Brooks telah menjadi "penjaga angkat" bagi haiwan tersebut dan dibayar untuk menjaga kuda di sebuah rumah di luar bandar.

"Ini adalah perkara kebajikan yang Ribka lakukan," katanya.

Brooks berkahwin dengan jurulatih kuda, Charlie Brooks dan mempunyai rumah berhampiran Chipping Norton, di barat laut London, sebuah daerah luar bandar yang mempunyai penduduk mewah termasuk Perdana Menteri David Cameron.

Wilson berkata pasangan itu "berkongsi minat terhadap kuda."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain