suria

Kapal Persiaran Tersadai Dijangka Tiba ke Pulau Seychelles

NAIROBI: Helikopter membawa makanan, telefon dan lampu suluh kepada lebih 1,000 penumpang dan anak kapal persiaran yang ditunda ke Kepulauan Seychelles mengharungi lautan yang terdedah kepada serangan lanun.

Mereka yang berada di atas kapal Costa Allegra iaitu milik syarikat yang sama (kapal persiaran Costa Concordia) yang terbalik dekat Itali bulan lalu, berdepan masalah sebelum ia berlabuh di kepulauan berkenaan. Costa Allegra dijangka tiba di pulau utama Seychelles, Mahe esok. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain